Pesanan Graduated Seniors
>> Friday, July 23, 2010 –
seniors
Asalamualaikum
hihi. :) esok dila exam.
tapi emel ni sgt beautiful & meaningful & mmberi erti kpd dila.juga kpd yg membaca InsyaAllah.emel ini dtg dri senior2 kat sini,doktor2 yg sudah pon pulang ke Msia dgn ijazah masing2 setelah 6 tahun berhempas pulas.dila copy sebahagiannya shj. :)
Bismillah
Beberapa jam sahaja lagi
Sebelum Bumi Urdun kami tinggalkan dengan membawa seribu satu kenangan
Sungguh benarlah satu sifat masa yang Allah tentukan- ia cepat berlalu, sangat laju. September 2004, Dataran Syam ini buat kesekian kalinya menerima lagi tetamu yang datang ingin menuntut ilmu dan belajar erti kehidupan. Lumrah alam, setiap yang datang pasti akan pergi, setiap pertemuan pasti ada detik perpisahan. Logiknya, kami yang datang awal ini, harus menjadi yang awal untuk meninggalkan. ..
Selama 6 tahun ini, bumi Urdun dan Irbid khususnya telah menyaksikan sebuah kisah perjuangan kehidupan kami insan terpilih berada di sini. Bumi Urdun menyaksikan setiap detik tawa ria, suka duka, titis air mata, melihat setiap jerit payah kami, menemani sejarah jatuh bangunnya kami di sini.
Dataran Syam mendewasakan kami….
Sukar diungkap perasaan yang menyelubungi diri sekarang. Kalau dulu, terasa ingin segera tamat pengajian dan pulang ke tanah air, cepatlah habis-cepatlah habis.. namun kini semakin hari, semakin berat hati ingin berpisah, semakin berat kaki untuk melangkah pergi. Benarlah kata orang kita hanya mampu menghargai sesuatu bia ianya sudah tiada lagi. Dan pasti bumi ardhul kinanah ini yang akan sentiasa kami rindui…
Ada orang pernah berpesan
We are not put on this earth for ourselves, but are placed here for each other.

Kita tidak diletakkan di atas muka bumi Tuhan ini untuk diri sendiri, tapi diletakkan untuk hidup bersama.
Sebelum kami pergi, beberapa pesanan kami titipkan buat peringatan
JANGAN PUTUS ASA, ANDA MAMPU BERJAYA
Seorang sahabat menukilkan sebuah pantun yang hebat
Jalan yang jauh sudah kuredah,
Masa yang panjang penuh bertingkah,
Langit hariku tak selalu cerah,
Biar pun mati, tak kutahu erti menyerah!
Hidup, jangan cepat menyerah kalah. Kesusahan, kebimbangan dalam meneruskan pembelajaran yang semakin lama semakin sukar dirasakan, seharusnya membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana di sisiNya milik segala kurnia dan rezeki yang tidak terduga..
Masih ingat lagi pesanan Rasulullah kepada Ibn Abbas..
Peliharalah Allah, nescaya Ia pelihara engkau,
Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya di hadapan engkau,
Kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah
Apabila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah
Dan apabila engkau memohon pertolongan, maka mohonlah pertolongan itu dengan Allah.
Dan, ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu dengan kesabaran.
Dan sesungguhnya kelapangan itu beserta kesusahan.
Dan sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan….
Jangan pantas seorang hamba berkata dia berjaya hanya dengan usahanya semata-mata. Jadikan setiap kejayaan sebagai motivasi untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Jadikan pula kegagalan sebagai satu muhasabah, untuk kita lebih mengenal Allah yang Maha Pemurah.
Bukankah hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.. yang tidak berubah adalah kita yang sentiasa membawa status hambaNya, dan sentiasa perlu berusaha.
Buat golongan agamawan, [utk pgthn,di sini iaitu Irbid,Jordan terdapat JUSt-uni utk medic & dentist,juga Uni.Yarmouk-uni utk syariah dll]
Kalaupun pesanan ini selalu diulang-ulang, anggaplah ia peringatan lagi yang entah buat kali yang ke berapa untuk anda, golongan yang memegang amanah ilmu agama Allah.
Jadikan ilmu agama yang tinggi di dada itu untuk kebaikan pengislahan masyarakat dan ummah seluruhnya, bukan hanya perkhidmatan dalam bidang-bidang pendidikan yang sangat diperlukan, tetapi juga dalam bidang dakwah yang sangat luas cabangnya, dan tidak terkira mediumnya.
Jadilah golongan agama yang kreatif, pandai mengambil peluang dalam setiap kesempitan dan kesempatan untuk menyampaikan dakwah Islam secara berkesan kepada masyarakat.

Yang baik ambillah, jadikan tauladan, yang jelek, tinggalkan usah dibuat ikutan.

SAYONARA
Untuk akhirnya..
Saya mewakili batch perubatan 20042010 JUST, ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat semua warga PERMAI, yang dikasihi yang telah mewarnai kanvas kehidupan kami sepanjang bergelar pelajar di sini.
Segunung KEMAAFAN kami pinta, andai sepanjang perkenalan yang Allah izinkan ini tanpa disedari atau disengajakan, ada hati yang terasa, jiwa yang terguris, perbuatan yang salah, kata-kata belakang atau umpatan yang membawa dosa. Harap, dengan penuh lapang dada maafkan kami yang tidak mahu menanggung dosa berpanjangan sesama manusia. MOHON DENGAN SANGAT....
Sebarang HUTANG PIUTANG yang belum dilangsaikan, harap dapat dituntut atau dihalalkan.
Bintang Barat terbit petang,
Bintang Timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi
Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi...
DOAKAN KAMI
Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain"
DOAKAN KAMI BERMANFAAT UNTUK UMMAT !
Yang benar
CLASS OF 2010 MBBS JUST
Ahmad Firdaus
Ihsan Mustaien
Iqbal Haziq
Muhtadiin
Muhd Nur Aizat
'Aqilah Suhaimi
Farah Najihah Tajurudin
Hetty Ayuni
Juiliana Hamzah
Kamilah Shafii
Noorzayyani Md Nor
Nur Faezza Mohtar
Nur Atikah Tajul Lile
Nur Aqilah Tajul Lile
Shukriyah Sulong
Siti Sarah Ahmad Dardiri
Wallahua'lam
Wassalam.